Kata Aluan - Penyelia KAFA Daerah :

KATA-KATA ALUAN.

Oleh : Penyelia KAFA Daerah Ipoh, Perak.

Assalamualaikum wbt.

Dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat-Nya dan izin-Nya dapat juga Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuala Kangsar ini melahirkan satu transformasi baru yang berguna untuk semua.

Kami amat berbesar hati kerana Laman Website KAFA Daerah Kuala Kangsar dapat dibina dengan hasil usaha dan kerjasama oleh semua pihak, serta begitu juga dengan guru-guru yang banyak membantu bagi menaikkan lagi taraf Persatuan Guru-Guru KAFA Daerah Kuala Kangsar ini.

Harapan kami agar dengan lahirnya website baru KAFA ini ianya dapat membangunkan institusi KAFA secara berterusan dan berkembang maju serta dapat menjadi contoh kepada KAFA di daerah-daerah yang lain.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah kepada semua guru-guru.

Semoga Allah SWT sentiasa membalas kebaikan.

Sekian, terima kasih.

Penyelia KAFA,
Daerah Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Best viewed with Mozilla Firefox !