Sejarah Persatuan :

PERSATUAN GURU-GURU KAFA DAERAH KUALA KANGSAR , PERAK ( PERKAFA ).

Persatuan Guru-Guru KAFA ini mula ditubuhkan pada 08 Mei 2007 dengan disertai ahli seramai 387 orang. Sehingga kini jumlah ahli persatuan kami kian bertambah dari hari ke hari meliputi segenap lapisan umur.

Persatuan Guru-Guru KAFA ini juga telah didaftarkan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan bernombor pendaftaran 0887-07-PRK.

MATLAMAT PENUBUHAN.

Maltlamat Penubuhan Persatuan Guru-Guru KAFA ini adalah untuk merealisasikan impian bagi setiap orang yang bergelar GURU terutamanya Guru-Guru KAFA khususnya. Kebajikan mereka terjaga, kesihatan mereka terjamin dan yang paling penting adalah pekerjaan mereka diredhai Allah SWT. Penubuhan Persatuan Guru-Guru KAFA ini juga dapat memberikan peluang untuk semua Guru-Guru KAFA memberikan pandangan atau pendapat yang menjadi suara hati bagi setiap orang yang bergelar GURU khususnya Guru-Guru KAFA.

Persatuan ini juga sentiasa cuba untuk melakukan perubahan demi perubahan bagi memudahkan urusan persatuan dan Guru-Guru KAFA dibawah pengurusan kami serta menaikkan nama persatuan ini, seterusnya memartabatkan Guru-Guru KAFA sebagai permata yang berharga. Insya-Allah.

Presiden PERKAFA.
01 Januari 2011.
www.kafa-online.blogspot.com















Best viewed with Mozilla Firefox !